Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

YB Fahmi Fadzil Lancar KITA fm & Podcast Creators Fund di SYOK FEST 2024

 

 

KITA-1-1.png

SHAH ALAM, SELANGOR , 6 SEPTEMBER 2024 – Astro Radio dengan bangganya mempersembahkan SYOK FEST 2024, festival besar-besaran yang berlangsung dari 6 hingga 8 September 2024 di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam. Festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hiburan untuk semua pengunjung sepanjang tiga hari.

Yang lebih istimewa, KITA fm akan bersiaran langsung selama 18 jam dari lokasi festival, melibatkan 13 stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil. Ini merupakan inisiatif Astro Radio untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

SYOK FEST 2024 juga bakal melancarkan ‘Podcast Creators Fund’, yang menyediakan dana sebanyak RM20,000 untuk empat podcaster terbaik. Dana ini akan diberikan kepada podcaster terpilih, di mana kandungan mereka akan dimuat naik di platform rasmi SYOK, memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi kreativiti dalam dunia podcast dengan audiens yang lebih luas.

YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi turut hadir di acara ini untuk melancarkan KITA fm dan Podcast Creators Fund, sekaligus merasmikan penyiaran langsung di perkarangan acara gemilang SYOK Fest KITA. Kehadiran beliau menambahkan lagi kemeriahan festival yang penuh warna-warni.

Untuk melengkapkan elemen budaya dalam festival ini, SYOK Fest KITA turut membawakan jualan dan pameran kraf daripada Kraftangan Selangor dan Tangankraf.com, menampilkan hasil seni tempatan yang unik dan menarik.

Antara tarikan utama SYOK FEST 2024 adalah sesi Meet & Greet bersama podcaster popular seperti Sudirman Mohd Tahir dari Confession Bilik Gelap dan The Gadys dari Pompuan Untuk Perempuan Sahaja. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert SYOK Fest KITA, yang menampilkan barisan artis terkenal tanah air dari pelbagai kaum, termasuk persembahan khas daripada artis Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat pertunjukan tarian hebat seperti KPOP DanceDikir Barat, dan Ragga Dance Show yang pasti memukau.

SYOK-FEST-1-1.jpg

Festival ini turut disokong oleh SP Setia dan Cuckoo, di mana kedua-dua syarikat ini akan membuka booth untuk mempamerkan produk terkini mereka kepada pengunjung. Selain itu, terdapat pelbagai booth dan gerai jualan makanan, termasuk KUEH, yang menawarkan hidangan tempatan dengan harga istimewa.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival terbesar tahun ini! Festival ini akan berlangsung selama 3 hari dan pada hari Sabtu, pengunjung akan disajikan dengan konsert mega yang menampilkan lebih dari 20 artis hebat, bermula dari 2 petang hingga 12 tengah malam.

Untuk maklumat terkini mengenai SYOK FEST 2024, layari laman web rasmi SYOK atau muat turun aplikasi SYOK di telefon pintar anda.

 
Enter security code:
 Security code