Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

Pesta Bola Ngoca 2024 Dirai Meriah Anjuran Kerajaan Negeri Sembilan Dan Disokong ERA

 

 

ERA-1.png

NEGERI SEMBILAN, 14 September 2024 Pesta Bola Ngoca 2024 anjuran Kerajaan Negeri Sembilan disokong oleh Stesen Radio No 1 Paling Legit ERA diraikan penuh meriah dan bersahaja serta mendapat kunjungan ribuan pengunjung sepanjang acara itu berlangsung.

‍Acara diadakan selama dua hari bermula 14 dan 15 September lalu, bertempat di Stadium Bola Ngoca Kampung Terachi Kuala Pilah Negeri Sembilan. Pelbagai acara diadakan antaranya perlawanan bola sepak dalam sawah, tarik tali serta acara sukan rakyat yang lain.

‍Pasukan ERA dibarisi oleh kesemua penyampainya dan turut mendapat sokongan penyanyi tempatan serta bekasa pemain kebangsaan. Mereka adalah The Gadys. Luqman Faiz, Syamel, Eric Floor 88, Waris, Zakuan Adha, Sarah Suhairi dan Nizaruddin Yusof.

‍Di pesta berkenaan pasukan bola baling wanita ERA berjaya tundukkan pasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan 3-1 di Pesta Bola Ngoca 2024 di Kuala Pilah.

‍Pasukan ERA terdiri daripada penyampai ERA iaitu Sasha, Muna dan Isha. Tidak turut ketinggalan barisan penyanyi iaitu Sarah Suhairi dan The Gadys memeriahkan lagi acara sukan tersebut.

era-1-1.jpg

Penyampai ERA Raden berkata ini merupakan kali kedua ERA menyertai Pesta Bola Ngoca anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha mengukuhkan ukhwah antara rakyat tempatan.

“Saya tidak sangka pasukan bola baling ERA berjaya tewaskan pasukan AADK dengan penuh semangat ketika perlawanan itu berlangsung. Uniknya aksi bola baling itu bukan berlangsung di atas padang tetapi di dalam sawah padi yang penuh dengan lumpur dan selut.

“Walaupun kami tewas dalam acara bola sepak sawah dengan pasukan Menteri Besar Negeri Sembilan, namun pasukan bola baling wanita ERA memenangi acara itu, ia telah membanggakan kami semua, tahniah saya ucapkan kepada mereka,” ujar Raden.

‍Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Mohd Nizaruddin Yusof berkata Pesta Bola Ngoca ini antara sukan rakyat yang wajar diteruskan dan ditiru oleh negeri lain.

‍Ini kerana, pesta ini bukan sahaja ketengahkan acara bola sepak malah acara lain juga turut diadakan terutama sukan-sukan rakyat.

“Kali pertama saya sertai Pesta Bola Ngoca bersama dengan pasukan ERA. Ternyata ia menyeronokkan dan saya berpeluang bergaul mesra dengan penyampai ERA dan juga masyarakat setempat.

“Riuh rendah dan gelak ketawa mereka sepanjang acara itu berlangsung antara pengalaman yang menyeronokkan dan mereka juga tidak kekok untuk berinteraksi dengan penonton yang hadir.

“Apa-apa pun jika ERA ajak saya lagi untuk ke Pesta Bola Ngoca, saya masih lagi berminat untuk sertainya bersama dengan barisan penghibur tanah air,” katanya.

‍Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.

 
Enter security code:
 Security code