Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

Penyampai ERA Nabil Raikan Kepulangan Wira Badminton Negara di KLIA

 

 

Screenshot-2024-08-08-101228-1.png

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2024 - Penyampai ERA, Nabil Ahmad, hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, setelah mereka berjaya meraih pingat di kejohanan badminton antarabangsa baru-baru ini.

Inisiatif ini diambil bagi meraikan kejayaan atlet negara yang telah berjuang sehabis baik untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Lee Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen, pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena. Manakala, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula sebelum itu menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dengan keputusan 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa.

Turut tular di laman sosial adalah momen di mana Nabil sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama Lee Zii Jia dan neneknya. Momen ini ternyata menjadi kenangan manis yang dapat dikongsi bersama peminat-peminat sukan tanah air.

Menurut Azah Sahrin, Pengurus Saluran ERA, “Kami di ERA sentiasa meraikan semua atlet negara kita. Kejayaan yang dicapai oleh Lee Zii Jia, Aaron Chia, dan Soh Wooi Yik memberikan semangat kepada semua penyampai dan warga ERA untuk terus berjuang dalam apa jua keadaan, terutamanya dalam mengharumkan nama Malaysia.”

ERA sebagai stesen radio yang dekat dengan rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian atlet-atlet negara dan akan terus memberi sokongan penuh kepada mereka. Momen ini juga menunjukkan bahawa ERA sentiasa bersama rakyat Malaysia dalam menghargai usaha dan kejayaan atlet-atlet kita.

 ###

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Hakimi As’ari - izzat-hakimi_tajul-as-ari@astro.com.my

Syahdeen Tahir - mohd-ishahrulddin_md-tahir@astro.com.my

 
Enter security code:
 Security code