KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2024 – Penyampai radio ERA, Haziq, Shasha, dan Fazziq telah meluangkan masa turun padang bagi mempromosikan sebuah lokasi perniagaan membaiki kasut di Bandar Baru Ampang. Tindakan ini diambil selepas tukang kasut tersebut, yang dikenali sebagai ‘Uncle Tukang Kasut Ampang,’ memohon bantuan daripada orang ramai untuk menularkan lokasi perniagaannya.
Melalui platform media sosial ERA dan siaran di segmen petang era. Ketiga-tiga penyampai ERA memberi sokongan kepada ‘Uncle Tukang Kasut Ampang’ dengan mengajak pendengar ERA dan orang ramai untuk berkunjung ke lokasi tersebut melalui platform media sosial ERA dan siaran di segmen petang era.
Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin, menyatakan, “Inisiatif ini merupakan satu langkah baik dan kami di ERA sentiasa bersemangat untuk menjadi peneraju dalam membantu mereka yang memerlukan, termasuklah perniagaan kecil seperti ini. Kami akan meneruskan usaha sebegini di masa hadapan.”
Azah juga menekankan bahawa sokongan ERA terhadap komuniti tempatan adalah selaras dengan komitmen mereka sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia. “Sokongan tidak henti-henti akan tetap diberikan kepada mereka yang memerlukan, seperti mana pendengar setia kami yang mengekalkan ERA sebagai radio paling legit.”
Teruskan menyokong kandungan kami sama ada secara digital mahupun secara langsung di radio menerusi segmen istimewa kami seperti 3 Pagi ERA, ERAthon dan Petang ERA.
Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.
ERA:
- Facebook: ERA's Facebook (https://facebook.com/era)
- Instagram: @era.je (https://instagram.com/era.je)
- YouTube: ERA on YouTube (https://youtube.com/era)
- X (formerly Twitter): @era_je(https://twitter
- Tiktok ( https://www.tiktok.com/@era.je )
Berikut adalah pautan di social media ERA berkaitan hantaran tular ini :
- VIDEO 1 : https://www.instagram.com/p/C-7Avo1SCb9/?hl=en
- VIDEO 2 : https://www.instagram.com/p/C-7Du5BSMXL/?hl=en