Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

Haziq dan Shasha dipilih kendalikan segmen Petang ERA

 

 

ERA-1.png

KUALA LUMPUR , 12 OGOS 2024 - PETANG ERA menampilkan gandingan baru Haziq dan Shasha bagi menggantikan tempat Ray dan Hanif yang bersiaran sekitar dua tahun.

Haziq namanya tidak asing lagi dalam industri penyiaran radio dan pengalamannya akan di guna pakai untuk mengendalikan segmen PETANG ERA.

Manakala Shasha pula adalah penyampai radio berwajah baru dan pernah menjadi hos media digital The Hardest Singing Show yang baru-baru ini.

Pengurus Saluran Radio ERA Azah Sahrin tampil menjelaskan pemilihan Haziq dilihat wajar kerana dia memiliki pengalaman tersendiri dalam dunia penyiaran radio.

“Meskipun berehat seketika dalam dunia penyampaian radio sekitar hampir 3 tahun namun ia masa yang sesuai dilihat untuk kembali semula ke bidang diminatinya.

“Cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah mesra dengan pendengar antara faktor Haziq dilamar untuk menjadi sebahagian keluarga besar ERA.

“Ia sekaligus dapat membawa pengaruh dan peminatnya untuk mendorong ERA kekal sebagai radio nombor 1 di Malaysia.

Dalam pada itu, ERA memilih Shasha untuk kendalikan Segmen Petang ERA pula kerana dia memiliki pakej lengkap untuk diketengahkan.

“Kerjayanya bermula di ERA hanya sebagai penyampai radio sambilan namun melihat ketekunan dan semangatnya dalam industri radio membuatkan ERA memilihnya.

“Shasha juga memiliki personaliti menawan dan mudah tersenyum setiap kali berinteraksi dengan pendengar ERA.

 “Kedua-dua gandingan ini iaitu Haziq dan Shasha dapat menyaksikan PETANG ERA akan lebih segar dan bertenaga untuk menarik pendengar ERA yang berusia sekitar 10 hingga 29 tahun.

Dengarkan PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam.

Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.

__

ERA:

● Facebook: ERA's Facebook (https://facebook.com/era)

● Instagram: @era.je (https://instagram.com/era.je)

● YouTube: ERA on YouTube (https://youtube.com/era)

● X (formerly Twitter): @era_je(https://twitter.com/era_je)

###

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Hakimi As’ari - izzat-hakimi_tajul-as-ari@astro.com.my (018-382 0997)

Syahdeen Tahir - mohd-ishahrulddin_md-tahir@astro.com.my (017-7301986) 

 
Enter security code:
 Security code