
KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2025 — ERA,stesen radio No.1 di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara melancarkankempen Kelas Perpaduan ERA dengan slogan ‘ERA Kini ERAT’ yangmembawa mesej perpaduan antara kaum di seluruh negara. Pelancaran sebegini sekaligus memperkukuh peranan ERA sebagai medium hiburan dan penyatu rakyat Malaysia.
Kempen yang akan bermula pada 14 Julai ini berhasrat mendidik rakyat Malaysia tentang peri penting memupuk keharmonian, saling hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain dalam menjamin keamanan dan keharmonian bersama. Sepanjang kempen ini berlangsung, pelbagai inisiatif menarik dan berfaedah dijalankan, antaranya termasuk:

Kelas Perpaduan ERA dijadual bersiaran setiap hari Rabu jam 9 pagi – mengetengahkan dan mendidik pelbagai keunikan budaya di Malaysia.
Iklan papan layar gergasi di lokasi strategik – bertujuan mempromosikan mesej kempen ini dalam memastikan ia terus dekat dihati rakyat Malaysia dari segenap latar belakang.
Video Kempen Kelas Perpaduan ERA - ditayangkan di saluran YouTube ERA yang dibintangi barisan penyampai popular ERA seperti NabilAhmad, Azad Jasmin, Radin Affendy, Isha Norsham, Fazziq Muqris, Syasya Nadira,Haziq Hussni, Muna Bella, Safee Sali dan Syazwan Razak. Video pendek ini bakal membawakan mesej perpaduan melalui penceritaan santai yang diolah penuh makna.
Jelajah Kelas Perpaduan ERA – dilaksanakan ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Para penyampai ERA akan turun padang dan bertemu secara dekat dengan para pelajar untuk berkongsi pengetahuan,pengalaman dan aktiviti interaktif berkaitan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian.
Puan Priya Dharshini Prabakaran, Ketua Pengarah Astro Audio, berkata sebagai stesen radio pilihan No.1 rakyat Malaysia, peranan ERA bukan sekadar hiburan malah lebih dari memainkan peranan penting sebagai jambatan yang menghubung dan menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui program-program bermanfaat. ERA Kini Erat: Kelas Perpaduan ERA’ merupakan salah satu inisiatif kami dalam memperingati semua bahawa perpaduan adalah suatu rahmat dan ianya perlu dihargai.
"Perpaduan adalah hasil kebersamaan semua pihak yang bermula dari peringkat sekolah hingga ke segenap lapisan masyarakat. Kami berharap kempen sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya agar terus menghargai dan mensyukuri keharmonian negara yang selama ini dinikmati bersama”.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut menyatakan bahawa usaha ini juga selaras dengan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara untuk mendekati rakyat, khususnya generasi muda,melalui pendekatan yang lebih segar, santai dan relevan dengan citarasa semasa. Kempen ini memperkukuh peranan ERA bukan sekadar sebagai stesen hiburan, tetapi juga sebagai penghubung hati dan suara rakyat Malaysia. Ia membuktikan bahawa medium hiburan seperti radio mempunyai kuasa besar dalam membentuk persepsi,menyemai nilai dan menyatukan rakyat berbilang bangsa dan budaya.
Ikuti perkembangan aktiviti, berita dan program terkini di laman sosial rasmi ERA.