Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

ERA FM Cipta Kelainan: Penyampai Radio Turun Padang Bersiaran Langsung menggunakan Trak Berkaca

 

 

ERA-Siaran-langsung-dalam-trak-1.png

Kuala Lumpur, – ERA, stesen radio nombor 1 paling legit di Malaysia, sekali lagi mencipta kelainan dengan meraikan kejayaan mereka menerusi acara unik bersiaran secara langsung menggunakan trak berkaca. Acara ini berlangsung di beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada para pendengar setia ERA selepas berjaya mencapai 4.8 juta pendengar berdasarkan laporan GfK untuk gelombang kedua tahun ini.

Ketua Jenama ERA, Azah Sahrin, meluahkan rasa syukur dan bangga atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada pendengar ERA serta GfK yang sentiasa memberikan penilaian pendengar secara profesional.

“Melalui trak berkaca ini, personaliti ERA seperti Nabil, Azad, Isha Norsham, Shasha, Hawa Rizwana, dan Muna keluar dari konti untuk bertemu pendengar secara langsung. Selain itu, ERA turut menghadiahkan koleksi khas barangan ERA serta baucar membeli-belah melalui pelbagai peraduan menarik yang disediakan.

“Tiga lokasi utama yang kami singgah, iaitu Dataran MerdekaKLCC, dan Bukit Bintang, menjadi tumpuan peminat ERA. Para pendengar yang hadir turut mengambil peluang bergambar bersama personaliti ERA yang mesra dan bersahaja,” ujar Azah.

Tambah Azah lagi, acara ini adalah sebahagian usaha ERA untuk terus mendekati pendengar dan memastikan kandungan yang disampaikan relevan dan menghiburkan, baik di konti radio mahupun di media sosial.

“Kami amat menghargai cadangan pendengar untuk menganjurkan lebih banyak acara seperti ini. ERA adalah milik pendengar, dan tanpa sokongan mereka, ERA mungkin tidak akan berada di tempat sekarang.”

ERA akan terus berusaha menawarkan kandungan terbaik, sama ada melalui siaran radio atau platform digital. Untuk berita terkini dan aktiviti ERA yang lain, layari laman sosial rasmi ERA.

WEBSITE : https://era.syok.my/

 

pr-info.png

 
Enter security code:
 Security code