Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

ERA ANJUR PERLAWANAN SUKAN WALL CLIMBING DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH

 

 

ERA-SYED-SADDIQ-1.png

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 – ERA, stesen radio No. 1 negara, dengan bangganya telah menganjurkan satu acara sukan wall climbing atau dikenali sebagai memanjat dinding, yang melibatkan penyertaan dua pasukan hebat. Acara ini berlangsung dengan penuh semangat, di mana peserta menghadapi pelbagai cabaran memanjat dinding buatan yang memerlukan kekuatan, keseimbangan, ketahanan, dan teknik yang baik.

Pasukan ERA diwakili oleh penyampai Petang ERA, Shasha, bersama penyampai Gempak Hit ERA, Isha, serta pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astilah. Manakala, pasukan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, diwakili oleh penyampai Petang ERA, Haziq, dan penyampai ERATHON, Fazziq.

Dalam acara yang penuh cabaran ini, YB Syed Saddiq akur dengan kekalahan pasukannya, terutama kepada Shasha yang jelas menonjol dengan kemahiran luar biasanya dalam sukan lasak ini. Menurut beliau, Shasha telah menunjukkan prestasi yang sangat mengagumkan sepanjang acara, manakala Bella Astilah juga tidak ketinggalan mempamerkan keyakinan dan ketangkasan ketika memanjat dinding buatan tersebut.

“Saya tidak menyangka Shasha begitu hebat dalam sukan memanjat dinding ini. Pergerakannya sangat lancar dan bersahaja. Saya amat bangga dengan prestasi beliau. Bella Astilah juga turut memberikan saingan yang sengit dan penuh yakin,” kata YB Syed Saddiq. 

“Acara sukan seperti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina kerana ia bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, malah mental untuk mencapai kejayaan.”

Tambah beliau, meskipun tewas, beliau berasa puas dengan pencapaiannya kerana sukan memanjat dinding adalah sesuatu yang baru baginya. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ERA kerana memberi peluang untuk saya menyahut cabaran ini. Walaupun ini kali pertama saya mencuba, saya berasa bangga dapat menyertainya.”

Acara memanjat dinding anjuran ERA ini menunjukkan betapa sukan boleh merapatkan jurang antara selebriti, ahli politik, dan masyarakat umum. ERA terus komited dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang menggalakkan gaya hidup sihat dan mempereratkan hubungan antara komuniti.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai aktiviti ERA, sila layari laman sosial rasmi ERA.

 pr-info.png

 
Enter security code:
 Security code