Enquiries Enquiries

 

PRESS RELEASE

 

Astro Radio Raikan Hari Apresiasi Penyampai Radio: Penghargaan Atas Dedikasi 100 Penyampai

 

 

Radio-hari-aspirasi.png

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 – Astro Radio hari ini menganjurkan Hari Apresiasi Penyampai Radio sebagai tanda penghargaan kepada semua penyampai radio yang bernaung di bawah rangkaian 13 stesen radio Astro. Acara ini bertujuan untuk menghargai dedikasi dan usaha para penyampai yang setia menghiburkan serta memberikan maklumat kepada para pendengar setiap hari.

Priya Prabakaran, Pengarah Astro Radio, dalam ucapannya berkata, “Penghargaan ini diberikan kepada semua penyampai di Astro Radio sebagai tanda hormat atas dedikasi mereka dalam menjadi penyampai radio yang luar biasa. Untuk menjadi seorang penyampai radio yang hebat bukanlah tugas yang mudah. Dedikasi serta aspirasi mereka adalah kunci penting dalam menghasilkan rancangan yang sentiasa diingati oleh para pendengar."

Tambah beliau lagi, "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai radio di Astro Radio kerana terus hadir ke konti setiap hari dengan penuh komitmen dan profesionalisme. Mereka adalah nadi kejayaan stesen-stesen radio kami."

Priya juga menegaskan bahawa kerjaya sebagai penyampai radio tidak boleh dipandang rendah demi kepentingan mana-mana pihak. Sebaliknya, ia merupakan satu profesion yang diiktiraf dan dihormati. 

“Kerjaya sebagai penyampai radio ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. Bakat dan usaha keras adalah kunci utama kejayaan seorang penyampai. Di Astro Radio, kami juga tidak mengukur kejayaan berdasarkan populariti semata-mata. Oleh sebab itu, kami menghargai lebih daripada 100 penyampai yang bersama kami di Astro Radio. Anda semua adalah yang terbaik!"

Sebagai tanda penghargaan, semua penyampai radio juga menerima sekalung medal istimewa dari Astro Radio serta menikmati jamuan sarapan yang disediakan oleh KUEH, sebuah jenama makanan tempatan yang terkenal.

Dengan komitmen berterusan para penyampai, Astro Radio kekal sebagai peneraju utama dalam dunia penyiaran radio di Malaysia, sentiasa menyajikan program-program yang menarik dan bermakna kepada pendengar di seluruh negara.

 pr-info.png

 
Enter security code:
 Security code